Pelbagaikan cukai, jangan hanya bergantung SST

PETALING JAYA: Kerajaan disaran tidak terlalu bergantung kepada peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) semata-mata bagi meningkatkan hasil negara, sebaliknya meneroka pelbagai bentuk cukai lain yang lebih progresif dan bersasar.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mustazar Mansur berkata, walaupun perluasan SST dilihat wajar daripada sudut pengurusan fiskal, langkah itu bukanlah satu-satunya penyelesaian jangka panjang menambah hasil negara.

Katanya, dalam keadaan ekonomi global tidak menentu dan penangguhan beberapa reformasi fiskal termasuk penyasaran subsidi RON95, kerajaan perlu mencari sumber pendapatan baharu bagi perkukuh kedudukan kewangan negara.

“Memang betul kerajaan perlu meningkatkan hasil negara, khususnya untuk memperbaiki defisit fiskal dan mengekalkan penarafan kredit yang baik. Tetapi SST bukan satu-satunya jalan.

Read the full text here

Share

Follow:

Other Media Hits

Subscribe to our Newsletter