fbpx

Baru-baru ini terdapat satu cadangan daripada The Partnership for Healthy Cities untuk melaksanakan larangan paparan produk tembakau dan vape di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), khususnya melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Mungkin bunyinya murni iaitu untuk melindungi orang ramai daripada bahaya merokok, namun cadangan tersebut memerlukan analisis secara objektif untuk memahami potensi akibatnya.

Melaksanakan larangan paparan produk vape memberi kesan ketara kepada kesedaran dan pilihan pengguna. 

Menyembunyikan produk itu menyekat keupayaan pengguna untuk membandingkan pelbagai jenama, perisa dan tahap nikotin yang merupakan faktor penting untuk membuat keputusan termaklum. 

Bagi perokok yang ingin beralih kepada alternatif yang kurang mudarat, larangan berkenaan boleh memudaratkan.

Selain itu, larangan paparan juga menghalang keupayaan mereka untuk mengakses maklumat dengan mudah tentang pilihan perisa berbeza yang tersedia, sekali gus merumitkan pengguna mencari produk yang sesuai dengan keperluan mereka. 

Akhirnya, ia menghalang objektif kesihatan awam yang bertujuan untuk mengurangkan kadar merokok melalui promosi vape sebagai alternatif yang lebih selamat.

Lebih membimbangkan lagi, larangan itu juga mungkin bercanggah dengan undang-undang. Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang negeri dalam kes-kes yang tidak konsisten.

Dengan tiadanya klausa dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Untuk Kesihatan Awam 2023 yang melarang paparan produk tembakau, pelaksanaan larangan berkenaan di peringkat PBT adalah tidak sah dan dianggap bertentangan dengan perlembagaan.

Read the full text here

Share

Follow:

More Posts

Subscribe to our Newsletter

Scroll to top
en_USEN