fbpx
DagangNews

KUALA LUMPUR 30 Julai – Disebabkan harga yang lebih murah dan mudah diperoleh, pasaran bagi rokok seludup di Malaysia terus laris dalam kalangan perokok di negara ini.

Pengarah Urusan Consumer Choice Center (CCC), Fred Roeder berkata, bilangan rokok haram yang diseludup masuk ke Malaysia adalah luar biasa.

“Pemerhatian kami menunjukkan permintaan bagi rokok seludup adalah tinggi kerana produk haram ini dijual pada harga semurah RM5.00 berbanding produk sah yang dibayar cukai.

“Jika trend ini berterusan, pasaran rokok Malaysia akan sama sekali ditakluki oleh produk haram dan murah hanya beberapa tahun lagi,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia mempunyai kira-kira lima juta perokok dan sebilangan besarnya adalah mereka yang menghisap rokok seludup.

FRED ROEDER
Fred Roeder

Pasaran rokok haram mencacah 60% berdasarkan jangkaan daripada hasil rampasan yang dijalankan agensi-agensi penguatkuasaan.

Baru-baru ini juga, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 456.03 juta batang rokok dari bulan Januari hingga Jun 2020.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan mendadak berbanding 236.2 juta batang rokok yang dirampas pada tempoh sama tahun lalu.

“Perokok juga mungkin beranggapan produk yang murah dan tidak dibayar cukai adalah bagus untuk poket mereka berikutan kelembapan ekonomi akibat COVID-19,” katanya.

Pengguna juga berdepan dengan beberapa impak negatif seperti produk tiada pematuhan.

Kajian pada 2015 oleh Jabatan Bioteknologi, Universiti Malaya mendapati rokok haram mempunyai kandungan tiga kali ganda tar dan nikotin. 

Produk ini kerap dicemari oleh bahan yang tidak diketahui semasa proses penyeludupan yang mendedahkan pengguna kepada risiko kesihatan yang lebih besar.

Selain itu, peralihan kepada pasaran rokok seludup juga menjadi pemangkin kepada lonjakan pasaran gelap yang membolehkan pasukan penjenayah meluaskan pilihan produk pasaran gelapnya ke dalam negara.

Ekonomi gelap Malaysia dianggarkan bernilai RM300 bilion termasuk aktiviti pengedaran dadah, produk paslu dan manusia.

Dalam pada itu, aktiviti haram tersebut juga memberi kesan kepada dana awam yang memaksa kerajaan menanggung kerugian tahunan sebanyak RM5 bilion dalam aspek hasil cukai.

Jelas Roeder, pengguna perlu sedar hak dan kuasa mereka setelah mengetahui produk haram tidak memberi manfaat kepada mereka.

“Pengguna Malaysia haruslah menuntut supaya semua pihak berkepentingan seperti penggubal dasar, agensi penguatkuasaan, pengeluar dan peruncit mengambil tindakan tegas dalam membanteras masalah ini secara mutlak.

“Kerajaan juga harus mempertimbangkan untuk melakukan perubahan cukai sebagai langkah mengurangkan permintaan kepada rokok haram di samping mengurangkan beban pihak penguatkuasaan,” katanya lagi.

Originally published here.


The Consumer Choice Center is the consumer advocacy group supporting lifestyle freedom, innovation, privacy, science, and consumer choice. The main policy areas we focus on are digital, mobility, lifestyle & consumer goods, and health & science.

The CCC represents consumers in over 100 countries across the globe. We closely monitor regulatory trends in Ottawa, Washington, Brussels, Geneva and other hotspots of regulation and inform and activate consumers to fight for #ConsumerChoice. Learn more at consumerchoicecenter.org

Share

Follow:

More Posts

Subscribe to our Newsletter

Scroll to top
en_USEN

Follow us

Contact Info

WASHINGTON

712 H St NE PMB 94982
Washington, DC 20002

BRUSSELS

Rond Point Schuman 6, Box 5 Brussels, 1040, Belgium

LONDON

Golden Cross House, 8 Duncannon Street
London, WC2N 4JF, UK

KUALA LUMPUR

Block D, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Level 3 - 5 Kuala Lumpur, 50470, Malaysia

© COPYRIGHT 2024, CONSUMER CHOICE CENTER