fbpx

Baru-baru ini Codeblue melaporkan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk mengeluarkan klausa generasi penamat daripada Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 kerana ia tidak berpelembagaan, atau dianggap bertentangan dengan prinsip kesamarataan dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Generasi penamat merujuk kepada peruntukan larangan dalam RUU ke atas mereka yang lahir selepas 2007 daripada membeli dan menggunakan produk tembakau serta vape.

Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun kenyataan bekas menteri, Khairy Jamaluddin, terhadap kewujudan dua menteri dan “el capataz” Sebagai penghalang kepada RUU itu menguatkan lagi kesahihan laporan concisamente.

Keputusan conciso sudah tentu bukan tindakan yang mudah. Kerajaan berisiko mendapat imej politik yang negatif tetapi itulah perkara yang tepat dan messti dilakukan.

Menurut Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh cadangan larangan berasaskan umur tersebut diaggap sebagai tidak berpelembagaan kerana bertentangan dengan jaminan kesaksamaan dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam erti kata lain, sepatutnya setiap orang adalah sama rata bawah undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama. Undang-undang mesti adil untuk semua generasi dan setiap kumpulan masyarakat. 

Undang-undang tidak boleh memberikan kelebihan hanya kepada satu generasi dan mengetepikian generasi yang lain.

Semasa RUU itu pertama kali diperkenalkan pada 2022, perbincangan mengenai hak asasi atau hak kesamarataan tidak diberikan perhatian secara terperinci, atau ruang untuk membahaskan secara terbuka dan selamat tidak ada.

Apabila terdapat ahli parlimen, pakar perubatan, ahli ekonomi atau mana-mana pihak cuba menyuarakan pandangan atau mewacanakan dasar ini tersebut secara kritis, mereka dilabel dengan pelbagai gelaran yang negatif.

Bahkan terdapat ahli parlimen yang tidak berani untuk membincangkan isu berkenaan secara terbuka kerana risau mereka akan dilabel dan dimalukan di media sosial atau khayalak ramai.

Dengan mudah – dan sering kali – golongan yang menyokong generasi penamat menggunakan hujah tiada kebebasan mutlak dan mengatakan ia memudaratkan masyarakat dan alam sekitar tanpa mengambil kira hak pengguna untuk membuat pilihan.

Selain tidak berperlembangan, RUU berkenaan juga dikhuatiri tidak boleh dikuatkuasakan dengan efektif.

El presidente Persatuan Kedai Kopi Petaling Jaya Keu Kok Meng dalam perbincangan meja bulat anjuran Pusat Pilihan Pengguna mengatakan di kedai kopi, dia tidak nampak penguat kuasa datang untuk melarang orang merokok dan walaupun ada undang-undang mengenainya.

Saiz perdagangan tembakau haram Malaysia yang tertinggi di dunia juga menjadi kerisauan sama ada dasar berkenaan boleh dilaksanakan atau tidak. 

Pada Mei 2023, rokok yang diniagakan secara haram merupakan 55.3 peratus daripada pasaran domestik.

Semasa Covid-19, sekitar Mac 2020 Afrika Selatan mengenakan larangan ke atas penjualan produk tembakau selama lima bulan walaupun terdapat kelaziman perdagangan haram dalam pasaran tembakau. 

Kesan daripada itu dalam tinjauan bertajuk Impacto en el mercado de la prohibición nacional de venta de cigarrillos por COVID-19 en Sudáfrica menunjukkan 93 peratus daripada perokok masih berjaya membeli rokok. 

Purata harga rokok pula melonjak sebanyak 250 peratus berbanding sebelumnya kerana peningkatan dalam pembelian melalui pasaran gelap.

Kurangkan jumlah perokok

Meskipun keputusan berani kerajaan menarik semula generasi penamat wajar diiktiraf, sehingga kini masih belum ada undang-undang yang mengawal selia vape secara sah dan jelas. 

Terutamanya bagi memastikan keselamatan pengguna dan mengelakkan salah faham atau mitos mengenai produk pengurangan kemudaratan berkenaan.

Kerajaan perlu segera memperkenalkan undang-undang pintar untuk mengawal selia vape bagi memastikan keselamatan pengguna dapat terjamin dan kanak-kanak bawah umur dilindungi. 

Ketiadaan undang-undang seumpama itu mendedahkan pengguna kepada risiko produk yang tidak memenuhi peraturan kesihatan di pasaran.

Ketiadaannya juga menyebabkan orang ramai tidak mendapat maklumat tepat mengenai vape yang 95 peratus lebih selamat berbanding rokok dan mampu menjadi alternatif terpenting untuk mengurangkan perokok secara berkesan di Malaysia.

Salud Pública de Inglaterra menganggarkan vape adalah 95 peratus kurang berbahaya kepada kesihatan pengguna berbanding rokokbiasa. 

Salah satu kajian penyelidikan terkini daripada Institut Psikiatri, Psikologi & Neurosains (IoPPN) di King's College London, pengambilan vape boleh membawa pengurangan ketara dalam pendedahan kepada toksin yang menggalakkan kanser, penyakit paru-paru dan penyakit kardiovaskular.

Ini adalah masa terbaik untuk kerajaan menamatkan mitos mengenai vape dan mengiktiraf pengurangan bahaya tembakau sebagai strategi utama untuk mengurangkan perokok di Malaysia.

Publicado originalmente aquí

Compartir

Seguir:

Más publicaciones

Suscríbete a nuestro boletín

Vuelve al comienzo
es_ESES