fbpx

Pusat Pilihan Pengguna (CCC) percaya perjanjian mewujudkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat menyumbang kepada persekitaran yang lebih baik untuk pengguna di Malaysia dan Singapura, terutama dari segi akses kepada pasaran dan pilihan pengguna.

Wakil CCC Malaysia, Tarmizi Anuwar berkata, memorandum persefahaman (MoU) JS-SEZ mampu menarik lebih banyak pelaburan asing, meningkatkan pembangunan ekonomi dan menggalakkan perdagangan antarabangsa antara Malaysia serta Singapura.

“Lazimnya, zon ekonomi khas memberi tumpuan kepada aktiviti berorientasikan eksport yang mana perniagaan  mengeluarkan barangan dan perkhidmatan untuk pasaran antarabangsa antara Malaysia dan Singapura.

“Secara tidak langsung, ini memudahkan pengaliran barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara. Apabila usahawan mengakses lebih banyak peluang ini kemudian mampu menyediakan pengguna dengan pelbagai pilihan yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan.

Berhubung inisiatif menggunakan kod QR di pusat pemeriksaan darat, beliau berpendapat, penghapusan keperluan pasport memudahkan perjalanan pengguna dan menggalakkan pelancongan antara negara. 

Read the full text here

Share

Follow:

More Posts

Subscribe to our Newsletter

Scroll to top
en_USEN