fbpx
Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR – Mengehadkan akses kepada tembakau semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mendorong kebanyakan pengguna beralih kepada pasaran gelap, menurut kaji selidik.

Ia merupakan dapatan daripada kaji selidik yang dijalankan oleh Populus sebuah firma perunding peneraju di dalam kaji selidik dan strateg dan merupakan penasihat kepada beberapa syarikat terkemuka, badan awam dan jenama di United Kingdom.

Menurut kajian itu, lapan daripada setiap 10 orang dewasa Malaysia (80%) bersetuju bahawa jika penjualan tembakau dilarang semasa tempoh PKP, orang ramai akan melanggar larangan tersebut demi untuk mendapatkan produk itu.

Hampir tiga per empat responden (72%, dan 78% perokok) pula bersetuju orang ramai akan terus membeli produk tembakau, tetapi jualan akan beralih kepada pasaran gelap/haram.

Menurutnya, tidak memeranjatkan apabila kebanyakan rakyat Malaysia (58%) beranggapan larangan tersebut akan menggalakkan orang berhenti merokok.

Namun, lebih ramai lagi (71%) bersetuju bahawa larangan itu meningkatkan penularan koronavirus menerusi penjualan produk haram yang tidak mempunyai piawaian keselamatan di dalam pengedaran.

Fred Roeder, Pengarah Urusan Consumer Choice Center berkata, berdasarkan kajian yang dibuat jelas menunjukkan orang ramai akan terus merokok dan berkemungkinan berusaha lebih lagi untuk mencari bekalan alternatif apabila rokok mereka sudah habis.

Di bawah langkah-langkah PKP, melakukan pergerakan tidak penting meletakkan nyawa di dalam bahaya kerana menambah risiko kontak dan penyebaran Covid-19.

Di Malaysia, semasa PKP, rokok tidak tersenarai sebagai barangan penting dan tidak dibenar untuk diedarkan, sekali gus mengakibatkan lonjakan dalam perdagangan rokok haram, sebagaimana dinyatakan oleh pihak berkuasa berkaitan di dalam laporan-laporan berita terkini.

Consumer Choice Center (CCC) adalah firma yang terlibat dalam melaksanakan kaji selidik awam.

Majoriti besar responden kaji selidik (72%) juga bimbang iaitu memasukkan larangan penjualan tembakau sebagai sebahagian daripada langkah kawalan pergerakan, akan mengalih sumber penting dalam usaha memerangi Covid-19 disebabkan pertambahan kos dan masa penguatkuasaan:

”Inisiatif menggalakkan orang ramai supaya berhenti merokok semasa PKP adalah suatu niat yang murni, ia sebenarnya gagal. Sebaliknya, langkah itu memperkasa sindiket jenayah antara-negara dan fasilitator yang rasuah, sekali gus menguatkan lagi kehadiran rokok haram yang bersifat endemik di Malaysia,’’ tambah Roeder.

Originally published here.


The Consumer Choice Center is the consumer advocacy group supporting lifestyle freedom, innovation, privacy, science, and consumer choice. The main policy areas we focus on are digital, mobility, lifestyle & consumer goods, and health & science.

The CCC represents consumers in over 100 countries across the globe. We closely monitor regulatory trends in Ottawa, Washington, Brussels, Geneva and other hotspots of regulation and inform and activate consumers to fight for #ConsumerChoice. Learn more at consumerchoicecenter.org

Share

Follow:

More Posts

Subscribe to our Newsletter

Scroll to top
en_USEN