fbpx
DagangActualités

KUALA LUMPUR 30 juillet – Disebabkan harga yang lebih murah dan mudah diperoleh, pasaran bagi rokok seludup di Malaysia terus laris dalam kalangan perokok di negara ini.

Pengarah Urusan Consumer Choice Center (CCC), Fred Roeder berkata, bilangan rokok haram yang diseludup masuk ke Malaysia adalah luar biasa.

"Pemerhatian kami menunjukkan permintaan bagi rokok seludup adalah tinggi kerana produk haram ini dijual pada harga semurah RM5.00 berbanding produk sah yang dibayar cukai.

"Jika trend ini berterusan, pasaran rokok Malaysia akan sama sekali ditakluki oleh produk haram dan murah hanya beberapa tahun lagi," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaisie mempunyai kira-kira lima juta perokok dan sebilangan besarnya adalah mereka yang menghisap rokok seludup.

FRED ROEDER
Fred Roder

Pasaran rokok haram mencacah 60% berdasarkan jangkaan daripada hasil rampasan yang dijalankan agensi-agensi penguatkuasaan.

Baru-baru ini juga, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 456.03 juta batang rokok dari bulan Januari hingga juin 2020.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan mendadak berbanding 236.2 juta batang rokok yang dirampas pada tempoh sama tahun lalu.

« Perokok juga mungkin beranggapan produk yang murah dan tidak dibayar cukai adalah bagus untuk poket mereka berikutan kelembapan ekonomi akibat COVID-19 », Katanya.

Pengguna juga berdepan dengan beberapa impak negatif seperti produk tiada pematuhan.

Kajian pada 2015 oleh Jabatan Bioteknologi, Universiti Malaya mendapati rokok haram mempunyai kandungan tiga kali ganda tar dan nikotin. 

Produk ini kerap dicemari oleh bahan yang tidak diketahui semasa proses penyeludupan yang mendedahkan pengguna kepada risiko kesihatan yang lebih besar.

Selain itu, peralihan kepada pasaran rokok seludup juga menjadi pemangkin kepada lonjakan pasaran gelap yang membolehkan pasukan penjenayah meluaskan pilihan produk pasaran gelapnya ke dalam negara.

Ekonomi gelap Malaisie dianggarkan bernilai RM300 milliards termasuk aktiviti pengedaran dadah, produk paslu dan manusia.

Dalam pada itu, aktiviti haram tersebut juga memberi kesan kepada dana awam yang memaksa kerajaan menanggung kerugian tahunan sebanyak RM5 milliard dalam aspek hasil cukai.

Jelas Roeder, pengguna perlu sedar hak dan kuasa mereka setelah mengetahui produk haram tidak memberi manfaat kepada mereka.

« Pengguna Malaysia haruslah menuntut supaya semua pihak berkepentingan seperti penggubal dasar, agensi penguatkuasaan, pengeluar dan peruncit mengambil tindakan tegas dalam membanteras masalah ini secara mutlak.

« Kerajaan juga harus mempertimbangkan untuk melakukan perubahan cukai sebagai langkah mengurangkan permintaan kepada rokok haram di samping mengurangkan beban pihak penguatkuasaan », katanya lagi.

Publié à l'origine ici.


L’agence pour le choix du consommateur est le groupe de défense des consommateurs qui soutient la liberté de style de vie, l'innovation, la confidentialité, la science et le choix des consommateurs. Les principaux domaines politiques sur lesquels nous nous concentrons sont le numérique, la mobilité, le style de vie et les biens de consommation, ainsi que la santé et la science.

Le CCC représente les consommateurs dans plus de 100 pays à travers le monde. Nous surveillons de près les tendances réglementaires à Ottawa, Washington, Bruxelles, Genève et d'autres points chauds de la réglementation et informons et incitons les consommateurs à se battre pour #ConsumerChoice. En savoir plus sur consumerchoicecenter.org

Partager

Suivre:

Plus de messages

Abonnez-vous à notre newsletter

proche
fr_FRFR

Suivez-nous

Informations de contact

WASHINGTON

712, rue H NE PMB 94982
Washington, DC 20002

BRUXELLES

Rond Point Schuman 6, Boîte 5 Bruxelles, 1040, Belgique

LONDRES

Maison de la Croix d'Or, 8 rue Duncannon
Londres, WC2N 4JF, Royaume-Uni

KUALA LUMPUR

Block D, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Level 3 - 5 Kuala Lumpur, 50470, Malaisie

© COPYRIGHT 2024, CENTRE DE CHOIX DU CONSOMMATEUR