fbpx
DagangNoticias

KUALA LUMPUR 30 de julio – Disebabkan harga yang lebih murah dan mudah diperoleh, pasaran bagi rokok seludup di Malaysia terus laris dalam kalangan perokok di negara ini.

Pengarah Urusan Consumer Choice Center (CCC), Fred Roeder berkata, bilangan rokok haram yang diseludup masuk ke Malaysia adalah luar biasa.

“Pemerhatian kami menunjukkan permintaan bagi rokok seludup adalah tinggi kerana produk haram ini dijual pada harga semurah RM5.00 berbanding produk sah yang dibayar cukai.

“Jika trend ini berterusan, pasaran rokok Malaysia akan sama sekali ditakluki oleh produk haram dan murah hanya beberapa tahun lagi,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Malasia mempunyai kira-kira lima juta perokok dan sebilangan besarnya adalah mereka yang menghisap rokok seludup.

FRED ROEDER
Fred Roeder

Pasaran rokok haram mencacah 60% berdasarkan jangkaan daripada hasil rampasan yang dijalankan agensi-agensi penguatkuasaan.

Baru-baru ini juga, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 456.03 juta batang rokok dari bulan Januari hingga Jun 2020.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan mendadak berbanding 236.2 juta batang rokok yang dirampas pada tempoh sama tahun lalu.

“Perokok juga mungkin beranggapan produk yang murah dan tidak dibayar cukai adalah bagus untuk poket mereka berikutan kelembapan ekonomi akibat COVID-19”, katanya.

Pengguna juga berdepan dengan beberapa impak negatif seperti produk tiada pematuhan.

Kajian pada 2015 oleh Jabatan Bioteknologi, Universiti Malaya mendapati rokok haram mempunyai kandungan tiga kali ganda tar dan nikotin. 

Produk ini kerap dicemari oleh bahan yang tidak dicetahui semasa proses penyeludupan yang mendedahkan pengguna kepada risiko kesihatan yang lebih besar.

Selain itu, peralihan kepada pasaran rokok seludup juga menjadi pemangkin kepada lonjakan pasaran gelap yang membolehkan pasukan penjenayah meluaskan pilihan produk pasaran gelapnya ke dalam negara.

Ekonomi gelap Malasia dianggarkan bernilai RM300 bilion termasuk aktiviti pengedaran dadah, produk paslu dan manusia.

Dalam pada itu, aktiviti haram tersebut juga memberi kesan kepada dana awam yang memaksa kerajaan menanggung kerugian tahunan sebanyak RM5 bilion dalam aspek hasil cukai.

Jelas Roeder, pengguna perlu sedar hak dan kuasa mereka setelah mengetahui produk haram tidak memberi manfaat kepada mereka.

“Pengguna Malasia haruslah menuntut supaya semua pihak berkepentingan seperti penggubal dasar, agensi penguatkuasaan, pengeluar dan peruncit mengambil tindakan tegas dalam membanteras masalah ini secara mutlak.

“Kerajaan juga harus mempertimbangkan untuk melakukan perubahan cukai sebagai langkah mengurangkan permintaan kepada rokok haram di samping mengurangkan beban pihak penguatkuasaan”, katanya lagi.

Publicado originalmente aquí.


El Consumer Choice Center es el grupo de defensa del consumidor que apoya la libertad de estilo de vida, la innovación, la privacidad, la ciencia y la elección del consumidor. Las principales áreas políticas en las que nos centramos son digital, movilidad, estilo de vida y bienes de consumo, y salud y ciencia.

El CCC representa a los consumidores en más de 100 países de todo el mundo. Supervisamos de cerca las tendencias regulatorias en Ottawa, Washington, Bruselas, Ginebra y otros puntos críticos de regulación e informamos y activamos a los consumidores para que luchen por #ConsumerChoice. Obtenga más información en ConsumerChoicecenter.org

Compartir

Seguir:

Más publicaciones

Suscríbete a nuestro boletín

Vuelve al comienzo
es_ESES