Perubahan kepada struktur harga tambang asas Grab Malaysia daripada RM5 kepada RM4 baru-baru ini mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan kira-kira 300 pemandu Grab yang diwakili Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, khususnya di Lembah Klang.

Penstrukturan semula itu melibatkan pengurangan tambang asas pemandu sambil meningkatkan insentif untuk penghantaran pada waktu puncak, pengambilan jauh dan masa tambahan bagi penghantaran barangan kutipan (levantar).

Penstrukturan itu mencetuskan bantahan yang ketara dengan pemandu menggesa kerajaan untuk campur tangan.

Senario itu mempunyai persamaan yang ketara dengan protes yang dimulakan oleh pemandu teksi pada 2016 dan 2018 apabila mereka mendesak kerajaan mengharamkan Grab.

Ketika itu pembantah menganggap kemudahan Grab sebagai pesaing langsung kepada perkhidmatan teksi tradisional.

Walaupun keadaan yang membawa kepada kontroversi Grab kali ini agak berbeza, ada satu persamaan di antara mereka iaitu gesaan agar kerajaan terlibat membentuk dasar yang memberi kesan kepada sektor swasta.

Artikel ini tidak berhasrat untuk menolak rungutan penghantar atau rakan pemandu, apatah lagi mempertahankan Grab, tetapi ingin menekankan kepentingan mempertahankan pilihan pengguna.

Ia menggesa kerajaan agar berhati-hati terhadap desakan tergesa-gesa atau bersifat populis yang berpotensi membebankan pengguna dengan kesan campur tangan dasar untuk menetapkan kadar lantai.

Leer el texto completo aquí

Compartir

Seguir:

Más publicaciones

Suscríbete a nuestro boletín

es_ESES

Síganos

WASHINGTON

712 H St NE PMB 94982
Washington, DC 20002

BRUSELAS

Rond Point Schuman 6, Box 5 Bruselas, 1040, Bélgica

LONDRES

Casa de la Cruz Dorada, 8 Duncannon Street
Londres, WC2N 4JF, Reino Unido

Kuala Lumpur

Block D, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Level 3 - 5 Kuala Lumpur, 50470, Malasia

OTTAWA

718-170 Laurier Ave W Ottawa, ON K1P 5V5

© COPYRIGHT 2025, CENTRO DE ELECCIÓN DEL CONSUMIDOR

También del Centro de Elección del Consumidor: ConsumerChamps.EU | ComercioLibre4us.org