fbpx
Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Perdagangan haram ou pasaran gelap adalah ancaman besar dan semakin meruncing terhadap rakyat Malaysia apabila kerajaan dan perniagaan sah dilemahkan manakala pengguna pula terdedah kepada produk yang tidak bermutu dan tidak terkawal.

Sebuah kumpulan advokasi pengguna multinasional, Customer Choice Center (CCC) em satu Kenyataan hari ini berkata, pasaran gelap global bukan sahaja luas tetapi pesat pertumbuhannya.

Pengarah Urusan CCC, Fred Roeder berkata, ini kerana dagangan haram yang dijalankan oleh kumpulan jenayah terancang transnasional adalah satu permasalahan bernilai AS$870 bilion atau RM3.6 trilion.

Beliau berkata, adalah penting untuk ditegaskan bahawa di peringkat global, pasaran gelap rokok adalah lebih tinggi daripada segi nilai berbanding dagangan haram minyak, haiwan liar, kayu balak, karya kesenian, benda kebudayaan dan berlian disatukan.

“Ini menjadikan apa yang berlaku di Malaysia lebih meruncing kerana rokok seludup kini menguasai 62 peratus jumlah keseluruhan rokok sah yang dijual, menjadikan Malaysia pasaran No.1 di dunia bagi pasaran gelap.

“Sememangnya, permasalahan akut ini telah dan sentisa akan berterusan mengakibatkan kelembapan ekonomi dan menjejaskan pengguna kebanyakannya,” kata Roeder.

Kenyataan itu dikeluarkan sempena kertas polisi yang baru sahaja dilancarkannya, O comércio ilícito é perigoso para os consumidores (Dagangan Haram Adalah Berbahaya Kepada Pengguna).

Menurut kertas polisi CCC, pasaran gelap rokok merosakkan kesihatan orang awam dan telah terbukti menjadi dana membiayai kumpulan jenayah terancang.

Selain itu, pasaran gelap rokok menyasarkan kepada kumpulan paling terdedah di dalam masyarakat, sementara pengguna paling teruk terkena impak disebabkan rokok seludup dikilangkan di dalam persekitaran tidak selamat dan menggunakan produk tidak bersih.

Kertas polisi ini juga menggariskan bahawa peruncit kecil menanggung kerugian besar akibat pasaran gelap rokok kerana bukan sahaja mereka kehilangan jualan rokok sah, tetapi juga barangan lain yang biasanya perokok dewasa beli semasa mereka di dalam kedai.

Roeder berkata, dalam usaha menangani pasaran gelap rokok, kerajaan Malaysia hendaklah mengkaji kepada saranan menyederhanakan dasar cukai untuk memastikan regim cukai tidak mewujudkan permintaan terhadap alternatif haram yang lebih berbahaya.

Pada masa sama, katanya, kerajaan harus meningkatkan hukuman denda sedia ada ke atas pesalah pasaran gelap dan menguatkuasakan denda-denda tersebut dengan tegas.

“Situasi pasaran gelap di peringkat global dan di Malaysia dijangka memburuk kerana pengguna beralih kepada altertif lebih murah disebabkan ketidaktentuan pekerjaan dan hasil pendapatan berkurangan akibat pandemik global Covid-19.

“Tindakan hendaklah diambil sekarang dan pada Bajet 2021 akan datang, merupakan peluang terbaik untuk Kerajaan Malaysia meletakkan langkah-langkah yang diperlukan bagi menangani masalah pasaran gelap rokok secara menyeluruh,” ujar beliau.

'Illicit Trade is Dangerous for Consumers' é uma política ditada por Luca Bertoletti e Bill Wirtz para CCC e diterbitkan di Bruxelas, Bélgica em julho de 2020.

CCC mewakili pengguna di lebih 100 negara di seluruh dunia. Kertas polisi ini boleh didapati di consumerchoicecenter.org

Publicado originalmente aqui.


O Consumer Choice Center é o grupo de defesa do consumidor que apoia a liberdade de estilo de vida, inovação, privacidade, ciência e escolha do consumidor. As principais áreas políticas em que nos concentramos são digital, mobilidade, estilo de vida e bens de consumo e saúde e ciência.

O CCC representa consumidores em mais de 100 países em todo o mundo. Monitoramos de perto as tendências regulatórias em Ottawa, Washington, Bruxelas, Genebra e outros pontos críticos de regulamentação e informamos e ativamos os consumidores para lutar pela #ConsumerChoice. Saiba mais em consumerchoicecenter.org

Compartilhar

Seguir:

Mais postagens

Assine a nossa newsletter

Role para cima
pt_BRPT