fbpx
Journal officiel de la Malaisie

KUALA LUMPUR – Mengehadkan akses kepada tembakau semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mendorong kebanyakan pengguna beralih kepada pasaran gelap, menurut kaji selidik.

Ia merupakan dapatan daripada kaji selidik yang dijalankan oleh Populus sebuah firma perunding peneraju di dalam kaji selidik dan strateg dan merupakan penasihat kepada beberapa syarikat terkemuka, badan awam dan jenama di Royaume-Uni.

Menurut kajian itu, lapan daripada setiap 10 orang dewasa Malaysia (80%) bersetuju bahawa jika penjualan tembakau dilarang semasa tempoh PKP, orang ramai akan melanggar larangan tersebut demi untuk mendapatkan produk itu.

Hampir tiga per empat responden (72%, dan 78% perokok) pula bersetuju orang ramai akan terus membeli produk tembakau, tetapi jualan akan beralih kepada pasaran gelap/haram.

Menurutnya, tidak memeranjatkan apabila kebanyakan rakyat Malaisie (58%) beranggapan larangan tersebut akan menggalakkan orang berhenti merokok.

Namun, lebih ramai lagi (71%) bersetuju bahawa larangan itu meningkatkan penularan koronavirus menerusi penjualan produk haram yang tidak mempunyai piawaian keselamatan di dalam pengedaran.

Fred Roeder, Pengarah Urusan Consumer Choice Center berkata, berdasarkan kajian yang dibuat jelas menunjukkan orang ramai akan terus merokok dan berkemungkinan berusaha lebih lagi untuk mencari bekalan alternatif apabila rokok mereka sudah habis.

Di bawah langkah-langkah PKP, melakukan pergerakan tidak penting meletakkan nyawa di dalam bahaya kerana menambah risiko kontak dan penyebaran Covid-19.

Di Malaysia, semasa PKP, rokok tidak tersenarai sebagai barangan penting dan tidak dibenar untuk deadarkan, sekali gus mengakibatkan lonjakan dalam perdagangan rokok haram, sebagaimana dinyatakan oleh pihak berkuasa berkaitan di dalam laporan-laporan berita terkini.

Consumer Choice Center (CCC) adalah firma yang terlibat dalam melaksanakan kaji selidik awam.

Majoriti besar responden kaji selidik (72%) juga bimbang iaitu memasukkan larangan penjualan tembakau sebagai sebahagian daripada langkah kawalan pergerakan, akan mengalih sumber penting dalam usaha memerangi Covid-19 disebabkan pertambahan kos dan masa penguatkuasaan :

”Inisiatif menggalakkan orang ramai supaya berhenti merokok semasa PKP adalah suatu niat yang murni, ia sebenarnya gagal. Sebaliknya, langkah itu memperkasa sindiket jenayah antara-negara dan fasilitator yang rasuah, sekali gus menguatkan lagi kehadiran rokok haram yang bersifat endemik di Malaysia,'' tambah Roeder.

Publié à l'origine ici.


L’agence pour le choix du consommateur est le groupe de défense des consommateurs qui soutient la liberté de style de vie, l'innovation, la confidentialité, la science et le choix des consommateurs. Les principaux domaines politiques sur lesquels nous nous concentrons sont le numérique, la mobilité, le style de vie et les biens de consommation, ainsi que la santé et la science.

Le CCC représente les consommateurs dans plus de 100 pays à travers le monde. Nous surveillons de près les tendances réglementaires à Ottawa, Washington, Bruxelles, Genève et d'autres points chauds de la réglementation et informons et incitons les consommateurs à se battre pour #ConsumerChoice. En savoir plus sur consumerchoicecenter.org

Partager

Suivre:

Plus de messages

Abonnez-vous à notre newsletter

proche
fr_FRFR