fbpx
Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR – Mengehadkan fragt kepada tembakau semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mendorong kebanyakan pengguna beralih kepada pasaran gelap, menurut kaji selidik.

Ia merupakan dapatan daripada kaji selidik yang dijalankan oleh Populus sebuah firma perunding peneraju di dalam kaji selidik dan strateg dan merupakan penasihat kepada beberapa syarikat terkemuka, badan awam dan jenama di United Kingdom.

Menurut kajian itu, lapan daripada setiap 10 orang dewasa Malaysia (80%) bersetuju bahawa jika penjualan tembakau dilarang semasa tempoh PKP, orang ramai akan melanggar larangan tersebut demi untuk mendapatkan produk itu.

Hampir tiga per empat responden (72%, dan 78% perokok) pula bersetuju orang ramai akan terus membeli produk tembakau, tetapi jualan akan beralih kepada pasaran gelap/haram.

Menurutnya, tidak memeranjatkan apabila kebanyakan rakyat Malaysia (58%) beranggapan larangan tersebut akan menggalakkan orang berhenti merokok.

Namun, lebih ramai lagi (71%) bersetuju bahawa larangan itu meningkatkan penularan koronavirus menerusi penjualan produk haram yang tidak mempunyai piawaian keselamatan di dalam pengedaran.

Fred Roeder, Pengarah Urusan Consumer Choice Center Berkata, Berdasarkan Kajian Yang Dibuat Jelas Menunjukkan Orang Ramai Akan Terus Merokok und Berkemungkinan Berusaha Lebih Lagi für Mencari Bekalan Alternatif Apabila Rokok Mereka Sudah Habis.

Di bawah langkah-langkah PKP, meletakkan pergerakan tidak penting meletakkan nyawa di dalam bahaya kerana menambah risiko kontak dan penyebaran Covid-19.

Di Malaysia, Semasa PKP, Rokok Tidak Tersenarai Sebagai Barangan Penting Dan Tidak Dibenar untuk Diedarkan, Sekali Gus Mengakibatkan Lonjakan Dalam Perdagangan Rokok Haram, Sebagaimana Dinyatakan Oleh Pihak Berkuasa Berkaitan di Dalam Laporan-Laporan Berita Terkini.

Consumer Choice Center (CCC) adalah firma yang terlibat dalam melaksanakan kaji selidik awam.

Majoriti besar responden kaji selidik (72%) juga bimbang iaitu memasukkan larangan penjualan tembakau sebagai sebahagian daripada langkah kawalan pergerakan, akan mengalih sumber penting dalam usaha memerangi Covid-19 disebabkan pertambahan kos dan masa penguatkuasaan:

„Inisiatif menggalakkan orang ramai supaya berhenti merokok semasa PKP adalah suatu niat yang murni, ia sebenarnya gagal. Sebaliknya, langkah itu memperkasa sindiket jenayah antara-negara dan fasilitator yang rasuah, sekali gus menguatkan lagi kehadiran rokok haram yang bersifat endemik in Malaysia,'' tambah Roeder.

Ursprünglich veröffentlicht hier.


Das Consumer Choice Center ist die Interessenvertretung der Verbraucher, die die Freiheit des Lebensstils, Innovation, Datenschutz, Wissenschaft und Wahlmöglichkeiten der Verbraucher unterstützt. Unsere Schwerpunkte liegen in den Bereichen Digital, Mobilität, Lifestyle & Konsumgüter sowie Gesundheit & Wissenschaft.

Der CCC vertritt Verbraucher in über 100 Ländern auf der ganzen Welt. Wir beobachten regulatorische Trends in Ottawa, Washington, Brüssel, Genf und anderen Hotspots der Regulierung genau und informieren und aktivieren die Verbraucher, um für #ConsumerChoice zu kämpfen. Erfahren Sie mehr unter verbraucherwahlzentrum.org

Aktie

Folgen:

Weitere Beiträge

Abonniere unseren Newsletter

Scrolle nach oben
de_DEDE